Soalan dari email:

Benar ke hadis berkaitan memotong kuku seperti attachment di bawah nie ? Kita selalu mendengar hal ini dalam masyarakat kita . Kalau ustaz ada maklumat mengenai hadis ini mohon dapat dikongsi , supaya dapat ana betul kan sahabat yang forward kan e-mail ini .


Soalan:
RAHSIA MEMOTONG KUKU RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuh nya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad  : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk ke miskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripad nya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripada nya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripada nya was - was dan masuk kepadanya kepapaan..
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripada nya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyaki t.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa - dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Jawapan:

Berdasarkan pencarian saya, ini yang diketemui:


من قلم أظفاره يوم السبت خرج منه الداء ، ودخل فيه الشفاء ، ومن قلم أظفاره يوم الأحد خرجت منه الفاقة ودخل فيه الغنى ، ومن قلم أظفاره يوم الاثنين خرجت منه العلة ودخلت فيه الصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الثلاثاء ، خرج منه البرص ، ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الأربعاء خرج منه الوسواس ، والخوف ودخل فيه الأمن والصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الخميس خرج منه الجذام ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الجمعة دخل فيه الرحمة ، وخرج منه الذنوب


Maksudnya : "  Sesiapa yang memotong kukunya pada hari sabtu , keluar darinya penyakit dan masuk ke dalamnya penyembuhan , sesiapa yang mengerat kukunya pada hari ahad, keluar daripadanya kefakiran dan masuk ke dalamnya kekayaan , sesiapa yang mengerat kukunya pada hari isnin , keluar daripadanya penyakit dan masuk kepadanya kesihatan, sesiapa yang mengerat kuku pada hari selasa, keluar daripadanya al-Baros dan masuk ke dalamnya al-'Afiah , sesiapa yang mengerat kukunya pada hari rabu, keluar daripadanya was-was dan ketakutan dan masuk ke dalamnya keamanan dan kesihatan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari khamis , keluar daripadanya al-Jadam dan masuk kepadanya al-'Afiah dan siapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat, masuk kepadanya rahmat dan keluar daripadanya dosa-dosa . "

Darjat Hadith


1. PALSU ( al-Maudhuaat , Ibn Jauzi, 3/226 )
2. PALSU, di dalam sanadnya ada para pemalsu hadith dan rawi-rawi yang majhul ( al-Fawa-id al-Majmu'ah, oleh al - Syaukani. m.s. 197 )
3. Di dalam sanadnya ada Nuh bin Abi Maryam yang ditohmah dengan pendustaan ( Tartib al-Maudhuaat ) - Sila lihat takhrij hadith dari laman dorar . net

al - Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani pula di dalam Silsilah al-Ahadith al - Dhoiefah wa al-Maudhuah ada menyebut hadith :


من قلم أظافيره يوم الجمعة قبل الصلاة ، أخرج الله منه كل داء ، وأدخل مكانه الشفاء والرحمة


Maksudnya: " sesiapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat sebelum menunaikan solat , Allah mengeluarkan daripadanya penyakit dan menggantikan tempat penyakit itu dengan ppenyembuhan dan rahmat . " Hadith ini menurut penilaian al-Albani adalah hadith yang terlalu lemah (ضعيف جدا)- Sila lihat Silsilah al-Dhoiefah, m.s. 36, bil. hadith: 2021, cetakan pertama Maktabah al-Maarif al-Riyadh.

al-Hafidz al-Sakhawi di dalam al-Maqasid al-Hasanah m.s. 422 menyebut :

لم يثبت في كيفيته ولا في تعيين يوم له عن النبي صلى الله عليه وسلم شيء

Maksudnya : " Tidak thabit tentang kaifiatnya ( memotong kuku ), tidak thabit juga tentang menentukan hari untuk memotong kuku dari Nabi S.A.W. sesuatu hadith pun . "

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-' Asqalani (10/345) menyebut :

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: " Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun ... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya , dengan berkata: " Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya , ia merupakan suatu yang tercela di sisiku , sekiranya seseorang menggambarkan , cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya , maka jari - jari yang lain , dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu . Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan . "

wallahu a'lam.
sumber http://bin-sahak.blogspot.com



Leave a Reply.